Laksana MA63 segera, tak perlu runding-runding lagi – Shafie

shafie-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan- Semporna) mahu isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilaksanakan segera oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan Malaysiakini semalam memetik Mohd Shafie sebagai berkata, perkara itu telah tertangguh selama 60 tahun dan tak perlu lagi melalui proses rundingan.

Katanya pada tahun 2019 ketika beliau menjadi ketua menteri Sabah, sebanyak 17 daripada 21 perkara telah dipersetujui, namun masih gagal dilaksanakan.

“Pada tahun 2019, tujuh belas perkara telah dipersetujui, tapi pelaksanaan belum ada, kalau ada (pelaksanaan) pun tak banyak.

“Kita nak bina negara, kita nak ikat jiwa mereka (rakyat). Sudah 60 tahun bila perjanjian ini dapat dilaksanakan.

“Ini bukan tuntutan baru, diminta oleh bapa-bapa kita (pemimpin terbabit membawa Sabah menyertai Malaysia),” beliau dilaporkan berkata demikian di Dewan Rakyat ketika mengemukakan soalan tambahan berkenaan.

Menjawab pertanyaan Shafie, Datuk Ugak Anak Kumbong (GPS- Hulu Rajang) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) berkata kerajaan komited melaksanakan perjanjian itu.

Malah katanya, perdana menteri turut mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa selain dibantu timbalan perdana menteri kedua.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top