Lajim ‘Ditidurkan’ Akibat Covid-19

lajim-AIM.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli politik veteran di Sabah yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin sedang dirawat di sebuah hospital swasta di sini akibat jangkitan Covid-19.

Sumber terdekat kepada bekas Ahli Parlimen Beaufort itu berkata, Lajim “ditidurkan” kira-kira 2 petang semalam.

”Beliau mula dimasukkan ke wad pada 13 Ogos lalu selepas didapati positif Covid-19 pada hari sebelumnya.

”Pada 12 Ogos, beliau sempat ke program ketua menteri sebelum rasa kurang sihat dan membuat ujian saringan pada hari sama juga,” katanya ketika dihubung FMT.

Lajim, 66, ialah pengarah strategik dan pilihan raya Bersatu Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Klias dan memegang beberapa jawatan dalam Kabinet di peringkat persekutuan dan negeri ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN).


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top