Lajim Dilantik Penasihat Kejohanan Bola Sepak Piala BMR

lajim.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dilantik sebagai penasihat Kejohanan Bolasepak Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin (Piala BMR) berkuatkuasa serta-merta.

Penolong Setiausaha Agung SAFA yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Azman Mastar, berkata, Lajim sudah pun menyatakan persetujuannya mengenai peranan yang diberikan kepadanya itu.

Katanya, selaku penasihat dan AMT SAFA, Lajim akan berperanan memantau pengendalian pertandingan tersebut.

“Kita yakin kehadiran beliau yang juga Pengerusi¬† Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah tentu sangat membantu bagi memastikan penganjuran kejohanan berjalan dengan baik,” katanya.

Azman berkata demikian selepas menyerahkan dokumen pertandingan Piala BMR itu kepada Lajim di pejabat SAFA, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Menurut Azman, perlawanan akhir Piala BMR besar kemungkinan akan dapat diadakan bulan hadapan setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Setakat ini sebanyak tujuh zon sudah mengesahkan layak ke grand final kejohanan itu kecuali zon Pantai Timur Selatan.

Sementara itu, Lajim mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada SAFA atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjadi penasihat kejohanan itu.

Katanya, kejohanan Piala BMR itu penting sebagai landasan untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak memandangkan ia membabitkan pemain-pemain berumur bawah 18 tahun dari semua daerah di Sabah.

Beliau berharap pertandingan itu dapat disambung semula sebaik sahaja mendapat kebenaran pihak kerajaan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top