Lajim Dilantik Ahli Majlis Tertinggi SAFA

lajim.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA)

Majlis Penyerahan watikah pelantikan disempurnakan Pemangku Presiden SAFA Dato Sri Bung Moktar Radin dalam satu majlis ringkas di kediaman beliau di Luyang dekat sini pada Jumaat.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut Setiausaha Eksekutif SAFA David Wisom.

Mengulas pelantikan tersebut, Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata berdasarkan pengalaman beliau (Lajim) yang luas termasuk pernah memimpin beberapa organisasi seperti Majlis Belia Sabah,SANYA dan lain-lain sebelum ini, beliau yakin Lajim mampu memainkan peranan penting dalam kepimpinan SAFA.

“Beliau (Lajim) pemimpin berpengalaman banyak organisasi pernah beliau pimpin sebelum ini, kita yakin beliau dapat memberikan buah fikiran serta pandangan demi memperkasakan SAFA sebagai sebuah organisasi sukan yang unggul,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Sementara itu, Lajim yang juga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) menghargai dan berterima kasih atas kepercayaan SAFA khususnya Bung yang melantik beliau ke jawatan tersebut.

Katanya melalui pengalaman yang dilalui semasa memimpin pelbagai organisasi akan digunakan untuk membantu kepimpinan Tertinggi SAFA.

“Sebuah pasukan akan mencipta pelbagai kejayaan dan kecermalangan sekiranya organisasinya dipemimpin oleh pemimpin yang berkomitmen tinggi dan berwasasan dalam konteks ini SAFA beruntung dipimpin oleh Bung kerana memiliki ciri kepimpinan tersebut,” jelas Lajim. – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top