Lagi Pemimpin KDM Warisan Keluar Parti, Kali Ini Di Tuaran

warisan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lagi pemimpin-pemimpin dari kawasan Kadazan Dusun Murut Warisan keluar parti, kali ini di bahagian Tuaran.

Beberapa media melaporkan bahawa semalam, pemimpin bahagian Tuaran diketuai Timbalan Ketua Bahagian Michael Angkui dan Ketua Wanita Bahagian Tuaran yang juga AJK Exco Wanita Negeri, Kiniah @ Mary Galanson mengumumkan keluar Warisan.

Majlis pengumuman yang dibuat di Tuaran itu turut disertai bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan negeri yang juga bendahari Warisan bahagian, Henry Saimpon; Timbalan Ketua Wira Bahagian, John Saimpon; Timbalan Ketua Wirawati Bahagian, Erwina Nuar dan beberapa ketua, AJK Bahagian  dan AJK cawangan, ketua pusat daerah mengundi dan mantan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

Michael berkata, mereka menghormati Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Peter sebagai antara pejuang hak-hak rakyat negeri ini.

“Tetapi apabila kedua-dua pemimpin ini sudah bebeza haluan, kami perlu buat pendirian dan kami memilih untuk menyokong penuh matlamat perjuangan DPA (Datuk Peter Anthony) demi memperjuangkan rakyat Sabah melalui parti tempatan yang ada.

“Kami juga berharap agar parti-parti tempatan ini akan berkerjasama demi kepentingan hak-hak orang sabah pada masa akan datang,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top