KOTA KINABALU: Seramai 52 PATI warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 13, melalui Pelabuhan Sandakan, semalam.
Menurut kenyataan media Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah pada Jumaat, daripada jumlah itu 47 adalah tahanan lelaki dan 5 tahanan wanita.
Kata kenyataan itu lagi, pengusiran kali ini tidak melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun.
“Tahanan PATI terbabit hanyalah tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Papar, Kota Kinabalu dan hanya seorang dari Depot Imigresen Tawau.
“Semua tahanan itu diusir melalui laut menggunakan Feri MV Antonia 1.”
Tambah kenyataan itu sehingga 9 Jun 2023 JIM Sabah telah menghantar pulang 4,060 pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada depot tahanan di negeri ini ke negara asal mereka.