Lagi kes serangan buaya di Sabah

bomba-buaya.jpg

(Kredit foto: SINAR HARIAN)

Kongsi Bersama

KINABATANGAN : Seorang lelaki maut selepas diserang buaya ketika mencuci pakaian dan mandi di tebing Sungai Terusan Dumundung, Sukau, di sini, pada Isnin.

Mayat Kamirun Malul, 42, ditemukan pada jam 3.30 petang di dalam mulut buaya sebelum dilepaskan kira-kira 500 meter dari lokasi dia diserang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.10 petang.

Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 62 kilometer dari BBP Kota Kinabatangan.

“Menurut rakan mangsa, ketika kejadian mangsa sedang mencuci pakaian dan mandi di tebing sungai tersebut sebelum diserang dan dibaham di bahagian kaki.

“Penduduk kampung mengekori buaya tersebut dan melihat mangsa masih berada di mulutnya.

“Tubuh mangsa kemudian dilepaskan dan penduduk kampung bertindak mengambil mayat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, mayat mangsa telah dibawa ke rumah keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.38 petang,” katanya.

 

Berita asal: SINAR HARIAN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top