Lagi Kebakaran Di Penempatan Atas Air Tanjung Aru

kebakaran1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Satu lagi kebakaran berlaku di penempatan atas air di Tanjung Aru Baru, di sini awal pagi tadi, mengakibatkan lebih 15 rumah musnah.

Kebakaran dipercayai bermula pada jam 4.20 pagi dengan api merebak pantas memusnahkan rumah-rumah terlibat berikutan kedudukannya yang rapat antara satu dengan yang lain.

Lima buah kenderaan milik penduduk juga turut musnah.

Selain itu, lima kenderaan milik penghuni di kampung berkenaan turut musnah selepas gagal

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera atau kehilangan nyawa apabila penghuni sempat menyelamatkan diri.

Antara kenderaan yang musnah dalam kebakaran itu.

Ketua Zon I Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.32 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Penampang dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba lima minit kemudian.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu pada jam 5.49 pagi.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Ini merupakan kali ketiga kebakaran berlaku di penempatan yang sama dalam tempoh dua bulan.

Kejadian pertama pada 25 Mei lalu, sebanyak 25 rumah musnah dalam kebakaran dan kejadian kedua pada 6 Julai lalu membabitkan 10 rumah musnah terbakar.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top