Lagi Ejen Judi Atas Talian Dicekup Polis

judi-kota-belud.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Sepasukan anggota Polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Belud yang menjalankan pemeriksaan Op Dadu telah berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat sebagai ejen kegiatan perjudian tambah nilai judi dalam talian di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pompod, Kelawat, Kota Belud.

Turut dirampas ialah sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM 50 hasil kegiatan perjudian.

Kejayaan tangkapan ini adalah hasil risikan pihak polis dan maklumat orang awam.

Untuk rekod pada 14 Ogos lepas seorang wanita turut ditangkap di Kampung Sumbilingon, di sini, juga kerana disyaki terlibat sebagai ejen perjudian tambah nilai.

Polis Daerah Kota Belud menasihatkan masyarakat setempat agar menjauhi dan jangan terlibat dengan kegiatan perjudian tambah nilai kerana menyalahi undang-undang selain dapat mengundang keruntuhan institusi kekeluargaan.

Masyarakat Kota Belud yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan yang menyalahi undang-undang sangat dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat ke IPD Kota Belud.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top