Lagi bangkai penyu hijau ditemukan di Labuan

Penyu-hijau-1.jpg

Bangkai seekor penyu hijau jantan (Chelonia Mydas) ditemukan di Pantai Manikar berhampiran Palm Beach Resort & Spa semalam. - BERNAMA

Kongsi Bersama

LABUAN: Bangkai seekor penyu hijau jantan (Chelonia Mydas) ditemukan di Pantai Manikar berhampiran Palm Beach Resort & Spa di sini semalam.

Bangkai berukuran satu meter panjang dan berat lebih 50 kilogram itu ditemukan pasangan pelancong dari England pada 3.15 petang dan kemudian memaklumkan kepada seorang kenalan tempatan.

Jabatan Perikanan Labuan kemudian dimaklumkan tentang penemuan bangkai itu untuk tindakan lanjut.

Penemuan terbabit merupakan kedua dalam bulan ini selepas bangkai seekor penyu hijau tanpa sirip dan kepala ditemukan pekerja Restoran Thai Beach di Pantai Nagalang, di sini, pada 17 Feb lepas.

Sementara itu, Pengarah Perikanan Labuan Sufian Ahmad ketika dihubungi berkata penyu hijau berkenaan dipercayai mati di laut sebelum dihanyutkan ke darat.

“Pemeriksaan pada bahagian luar bangkai didapati keadaannya masih utuh, namun siasatan terperinci akan dilakukan untuk mengetahui punca kematian penyu itu,” katanya.- BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top