Lagi 315,000 Keluarga Akan Terima Bantuan Bakul Makanan – Masidi

bakul-makanan.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 315,000 keluarga akan menerima bantuan bakul makanan dibawah Bantuan Prihatin Covid-19 2.0.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bantuan bakul makanan itu membabitkan peruntukan sejumlah RM31.58 juta.

Beliau berkata, agihan bantuan telah dimulakan pada Selasa di seluruh daerah di Sabah.

Katanya, usaha memberikan bakul makanan ini dilakukan kerajaan negeri untuk meringankan bebanan kumpulan sasar terutama golongan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ini adalah kesinambungan usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri selepas mengagihkan sebanyak 322,749 bakul makanan kepada golongan sasar setakat semalam menerusi Bantuan Prihatin Covid-19 fasa pertama.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top