Kutu sampah: Christina gesa DBKK kenakan denda maksimum RM500

christina.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kutu sampah perlu dikenakan denda maksimum RM500 bagi menghalang orang ramai membuang sampah sebarangan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.

Christina, yang juga ADUN Api Api, berkata beliau telah mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mengenakan denda maksimum kepada sesiapa yang tertangkap melakukan perbuatan itu.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada jumlah besar sampah yang bersepah di jalanan di kawasan tempat melepak popular di bandar di sini sepanjang cuti.

Christina berkata beliau menyokong penuh penguatkuasaan Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005 DBKK untuk mengeluarkan notis kompaun sehingga RM500 kepada kutu sampah.

“Pesalah boleh diminta membayar denda tidak melebihi RM500 di bawah Seksyen 9 Undang-undang Kecil Anti Sampah.

“Pemahaman saya ialah denda biasanya di bawah RM500 dan boleh jadi serendah RM30. Ini tidak akan menyebabkan mereka serik,” katanya.

Menteri itu berkata pesalah malah boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah; dan jika didapati bersalah, dihukum menjalankan khidmat masyarakat.

Beliau berkata DBKK boleh belajar daripada Singapura dalam mengenakan penalti yang berat bagi kesalahan membuang sampah merata-rata di bawah Akta Kesihatan Awam Persekitarannya (EPHA).

“Denda bagi kesalahan pertama apabila sabit kesalahan telah dinaikkan dua kali ganda daripada S$1,000 (RM3,500) kepada S$2,000 (RM7,000).

“Bagi sabitan kedua, denda sehingga S$4,000 (RM14,000),” kata Christina dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada DBKK kerana membersihkan sampah dan juga meminta supaya lebih banyak tong sampah disediakan di kawasan awam yang sibuk.

 

Berita asal: The Star

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top