Kurang Doktor, Ramai Penduduk Antara Sebab Sistem Kesihatan Sabah, Sarawak Tertekan – Dr Jemilah

dr-jemilah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Nisbah doktor kepada penduduk di negeri Sabah  bersamaan 1:850 berbanding Kuala Lumpur yang hanya 1:244 adalah yang paling tinggi di Malaysia dan ini membuatkan sistem kesihatan di Sabah begitu tertekan apabila gelombang ketiga COVID-19 melanda.

Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, malah apa yang beliau lihat pesakit juga mengalami tekanan lain seperti masalah logistik iaitu pesakit perlu mendapatkan rawatan di pusat rawatan yang jauh dari tempat tinggalnya.

“Sabah dan Sarawak perlu dilihat sebagai kes yang unik kerana mereka mempunyai rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman dan keadaan logistik yang sangat rumit,” katanya lagi.

“Terdapat keperluan mendesak untuk melindungi sistem kesihatan di Sabah, malah pelan reformasi kesihatan harus dilaksanakan di negeri ini dan Sarawak untuk jangka masa panjang bagi memastikan kedua-dua negeri itu tidak terjejas sekiranya pendemik berlaku pada masa akan datang,” ujar Dr Jemilah lagi.

“Kepada rakyat Sabah yang belum menerima vaksin,  ambil vaksin dengan segera kerana vaksin selamat, semua rakyat di Malaysia yang tinggal di Malaysia  perlu mengambil vaksin.

“Kita tak boleh tinggalkan sesiapapun, kita hanya selamat jika semua orang mengambil vaksin,” katanya.

Dr.Jemilah berkata demikan kepada media ketika melawat PPN Penempatan Telipok di sini siang tadi.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah anggota keselamatan PDRM, Unit Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Uppm Karambunai .

 

Laporan:
DjRizal Limat/Bibie Ivy
SG Media Group

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top