Ini bukan saya kata, tapi kawan yang kata.
(Biasalah, orang politik akan salahkan media, orang biasa salahkan kawan.)
Kata kawan itu, hampir semua parti riuh-rendah selepas nama calon masing-masing diumumkan.
Dalam DAP ada yang tak puas hati bila Charles Santiago dan Kashturi Patto tidak disenarai.
Dalam PKR pun ada yang merungut dengan gugurnya beberapa nama.
Dalam Amanah ada Pengerusi Negeri yang dipecat juga atas sebab tak puas hati dengan agihan kerusi.
Dalam Bersatu ada pemimpin kanan letak jawatan dan keluar parti.
Dalam UMNO setakat ni belum terdengar bunyi yang pelik sebab senarainya belum diumum. Tapi tunggulah sehari dua lagi. Mesti riuhnya lebih sakan daripada yang lain.
Dalam banyak-banyak nampaknya hanya Warisan yang ‘cool’. Selepas nama calonnya diumumkan satu demi satu, belum terdengar keluhan, rungutan, rajuk dan sebagainya.
Tak tahulah pula kalau ada yang menangis sambil pekup mulut…
MAT KICAU