‘KUPI-KUPI’ PRU15: Peningkatan Mendadak Pengundi, Mana Suara PH Sabah?

Pengundi-India-Kudat.jpg

Keratan berita Daily Express, Jumaat 21 Okt 2022.

Kongsi Bersama

Riuh-rendah seluruh Sabah perihal pertambahan mendadak sejumlah 574,120 pengundi baharu menjelang PRU15.

Di sana-sini kedengaran suara meminta penjelasan SPR mengenai jumlah yang dianggap meragukan itu.

SAPP sudah berbunyi.

STAR sudah berbunyi.

Bersatu sudah berbunyi.

PBS sudah berbunyi.

Ketua Menteri sudah berbunyi.

TKM 1, DS Bung Moktar sudah berbunyi.

Suara Warisan pun ada tapi bunyinya agak perlahan. Setakat kata pemimpin GRS ketinggalan bas sebab kenaikan berlaku di seluruh negara, walaupun yang dipersoalkan bukan kenaikan, tetapi ‘kenapa banyak sangat’?

Di tengah-tengah semua bunyi itu kita tertanya-tanya juga di mana suara  PH Sabah?

Kenapa mereka tidak turut berbunyi sedangkan selalunya dalam isu-isu begini merekalah yang paling ke hadapan?
Atau apakah mereka sudah berbunyi tetapi kita terlepas dengar?

Tanya sahaja, jangan marah…

 

MAT KICAU

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top