‘KUPI-KUPI’ PRU15: Kawan Saya Kata…

BN.jpg
Kongsi Bersama

Naratifnya: PRU15 perlu disegerakan untuk membolehkan negara mempunyai kerajaan yang stabil supaya ekonomi segera pulih dan bla…bla…bla..

Hakikatnya: Siapakah boleh memberi jaminan bahawa kerajaan akan benar-benar stabil selepas PRU nanti?

Logik mudahnya; Untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil perlu ada satu pihak yang menang besar.

Berdasarkan keadaan sekarang semua pihak berkongsi peluang yang sama. Menang besar hanya akan menjadi satu keajaiban.

Alternatifnya: Dua atau lebih pihak yang menang itu perlu menggabungkan kemenangan mereka untuk membentuk kerajaan.

Dan dalam pihak itu kena ada BN.

Sebab kalau BN jadi pembangkang kerajaan baharu itu mungkin tetap tidak akan stabil kerana ‘ia banyak idea untuk menghuru-harakan pertahanan lawan.’

Kalau ia dalam kerajaan pun kawan setidurnya perlu berwaspada sebab ‘BN banyak idea untuk menyebabkan kawannya tidur tak lena.’

Bukan saya kata, kawan saya yang kata…

 

MAT KICAU

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top