Kunak masih perlu perhatian daripada kerajaan negeri

norazlinah.jpg

Datuk Norazlinah (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kunak masih memerlukan perhatian daripada kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan kesejahteraan masyarakat daerah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif berkata, antaranya permohonan beliau kepada kerajaan negeri adalah peruntukan untuk kerja menimbus tanah bagi membesarkan jalan di pangkalan.

“Permohonan untuk membina Dewan Masyarakat Kunak yang baharu kerana dewan lama telah dirobohkan kerana tidak lagi selamat.

“Permohonan peruntukan pembinaan masjid daerah yang baharu kerana masjid sedia sudah lama dibina sejak tahun 80an.

“Peruntukan untuk menaik taraf jalan ‘bulan’ di Jalan Tingkayu yang masih menjadi mimpi ngeri, pembinaan Komplek Sukan Daerah Kunak dan pewartaan Kampung Kunak Jaya dan Kg. Bagiang sebagai gazet kampung yang sebahagiannya milik Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB),” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DUN Sabah yang ke-16, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana Kunak sudah menerima peruntukan RM500,000 untuk menaik taraf taman awam Kunak.

“Mudah-mudahan projek yang dijangka siap dalam bulan Oktober ini dan dilaksanakan oleh agensi Majlis Daerah Kunak dapat dimanfaatkan oleh rakyat Kunak sebaiknya.

“Begitu juga peruntukan-peruntukan yang diturunkan melalui Jabatan Perhutanan untuk mengaktifkan semula Pusat Sejadi Air Terjun Madai yang sudah kembali menjadi tumpuan para pelancong, terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri,” katanya. – Penerangan Gagasan Rakyat

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top