Kumpulan Yayasan Sabah Sumbang Bakul Makanan Kepada Mangsa Kebakaran

KYS-mangsa-kebakaran.jpg

Gulamhaidar menyampaikan sumbangan kepada seorang daripada penerima.

Kongsi Bersama

KUDAT: Kumpulan Yayasan Sabah memberi sumbang bakul makanan kepada 176 ketua isi rumah yang terlibat dalam kebakaran Kampung Landung Ayang Laut.

Pemberian sumbangan itu selaras dengan penubuhan kumpulan itu bagi menyumbang kepada kebajikan masyarakat di Sabah.

Keluarga yang menerima bantuan itu merupakan mangsa kebakaran yang berlaku di perkampungan atas air di Kampung Landung Ayang Laut pada 16 Februari lalu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd, Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Beliau berharap bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang terlibat apatah lagi dalam keadaan negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.

“Kini mereka terpaksa berhadapan dengan ujian getir yang serius dan mencabar. Apabila tragedi sebegini melanda masyarakat maka, kita perlu sama-sama membantu mereka yang ditimpa musibah.

“Sumbangan ini diberikan kepada ketua keluarga mangsa kebakaran yang terjejas yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Tun Mustapha,” katanya. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top