Kumpulan Azmin Ali akan sokong Anwar?

azmin.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Desas-desus pemimpin kanan Bersatu akan menyokong kerajaan PH-BN kini tertumpu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Datuk Seri Azmin Ali.

Ini berikutan penafian Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai dakwaan beliau terlibat untuk meraih jawatan dengan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahad lalu, media melaporkan sorang pemimpin utama Bersatu baru-baru ini sering kelihatan di PMO dipercayai melakukan rundingan demi “survival” beberapa pemimpin tertentu sehingga pilihan raya parti.

Sumber yang enggan dinamakan mendakwa pemimpin Bersatu berkenaan berjanji akan “lebih ramai” wakil rakyat Bersatu isytihar sokongan kepada Anwar dan kerajaan.

Azmin dikatakan akan memimpin beberapa Adun Bersatu di Selangor untuk menyatakan sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin bin Shari, dan kerajaan perpaduan.

Kedudukan kerajaan negeri Selangor sekarang ialah 34 kerusi memerlukan 2 kerusi lagi untuk membentuk majoriti kukuh 2/3. – SUARA TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top