Kudos KM, Kudos Juga Kepada Semua TKM

KM-TKM.jpg
Kongsi Bersama

1.Bagi sebahagian orang, berita adalah sesuatu yang buruk. Atau setidak-tidaknya yang kurang baik. Yang baik bukan berita.

2. Ini seiring dengan prinsip yang ditekankan oleh sekolah-sekolah pemberitaan pada masa dahalu; kalau anjing gigit posmen, itu bukan berita. Tetapi jika posmen gigit anjing, itu berita.

3. Jika berpandukan prinsip yang tidak boleh dipakai itu, maka apa yang ditulis ini bukanlah berita sebab ia adalah sesuatu yang baik. Sesuatu yang tidak menggembirakan kaki adu domba dan mereka yang meminati ‘kisah-kisah buruk’.

4. Ini tentang Sabah. Tentang bagaimana sejuk dan tenangnya politik negeri ini selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memerintah lebih dua bulan lalu.

5. Awalnya banyak yang menjangkakan politik Sabah akan terus panas apabila gabungan parti-parti yang membentuk GRS itu memenangi pilihan raya negeri pada minggu terakhir September lalu.

6. Selain menggabungkan pihak-pihak yang bertentangan UMNO/BN dengan PPBM ia juga turut melibatkan PBS dan STAR yang secara politiknya tidak boleh duduk bertentang mata.

7. Kemudian ada pula calon-calon Bebas, tajaan pihak ini yang menyinggung pihak itu dan tajaan pihak itu yang menggores pihak ini.

8. Ditambah pula dengan asakan-asakan dari luar yang beranggapan kerusi Ketua Menteri sepatutnya menjadi milik UMNO, tetapi yang dilantik ke jawatan itu adalah dari PPBM.

9. Setakat ini terbukti jangkaan bahawa akan terjadinya hingar-bangar itu meleset sama sekali.

10. Politik Sabah, di pihak kerajaan khususnya berada dalam keadaan yang tenang. Tiada pergeseran sesama rakan gabungan. Semuanya memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang diamanahkan.

11. Ia sekali lagi menjadi petunjuk kepada kematangan berpolitik di Sabah. Bahawa pemimpin-pemimpin politik dan rakyat Sabah umumnya bijak menguruskan perbezaan.

12. Yang menjadi, dan membawa masalah selalunya adalah suara-suara dari luar Sabah. Percubaan mereka untuk mencatur politik Sabahlah yang menjadi punca kebanyakan kemelut.

13. Mereka ini mengukur politik Sabah dengan hasta sedangkan orang Sabah sudah lama menggunakan pembaris. Dengan perkataan lain, mereka cuba mencorakkan politik negeri ini dengan acuan mereka sedangkan acuan yang ada di sini terbukti jauh lebih elok.

14. Mujurnya suara dari luar itu sekarang ini agak reda mungkin kerana sibuk dengan silat politik di seberang sana.

15. Hasilnya Sabah, seperti disebutkan tadi, menjadi aman dan tenang daripada segi politiknya. Dalam bergelut melawan Covid-19, kepimpinannya jelas amat fokus kepada apa yang perlu dilakukan.

16. Pujian harus diberikan kepada Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang berjaya mengendalikan bahtera kerajaan negeri Sabah dengan cemerlang setakat ini.

17. Kudos juga kepada Timbalan Ketua Menteri I, Timbalan Ketua Menteri II dan Timbalan Ketua Menteri III yang tampak jelas sibuk bekerja bukannya sibuk berpolitik.

18. Semoga Sabah Maju Jaya sebagaimana dihasratkan oleh kita semua.

 

Oleh: Tulus Budiman

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top