Ku Li saran pemilihan baharu Umno tukar kepimpinan parti

tengku-razaleigh.jpg

Tengku Razaleigh (gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Seluruh kepimpinan Umno harus bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, kata bekas ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam temu bual dengan The Star, veteran Umno itu berkata Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukannya satu-satunya individu yang harus dipersalahkan.

“Kamu tak boleh salahkan seorang. Saya tidak bela Zahid atau sesiapa.

“Kita hanya bercakap tentang menang dan kalah. Dan kepimpinan secara keseluruhan perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini,” kata Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

Ku Li berkata sekiranya Umno tidak berhati-hati, ia mungkin akan menyebabkan kehancuran kepada parti itu.

“Jadi saya meletakkan semua kesalahan kepada kepimpinan parti. Jika kamu mahu seseorang disingkirkan, seluruh kepimpinan perlu disingkirkan, dan kita mesti rombak parti,” katanya dipetik sebagai berkata.

Ku Li berkata usaha merombak Umno boleh dibuat melalui pemilihan parti walaupun parti itu baru sahaja selesai melaksanakan pemilihannya lima bulan lalu.

Sebelum ini Umno bersetuju dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan yang membolehkan Zahid dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan jawatan mereka tanpa bertanding.

“Kita mesti adakan pemilihan (parti) baru. Inilah pembaharuan yang sebenarnya.

“Kalau tidak, jangan cakaplah,” kata Razaleigh.

Baca seterusnya di: Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top