Ku Li Dipanggil Menghadap Untuk Beri Pandangan

ku-li.jpg

Tengku Razaleigh Hamzah arrived at Umno division chiefs meeting at Menara Dato Onn in PWTC. AZMAN GHANI / The Star

Kongsi Bersama

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.

Setiausaha Politik Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Ghani berkata pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan daripada Tengku Razaleigh mengenai situasi semasa politik negara.

“Semalam Yang di-Pertuan Agong menitahkan Tengku Razaleigh untuk menghadap di Istana Negara kemudian baru beliau pergi (semalam). Perbincangan itu melibatkan empat mata untuk Tengku Razaleigh beri pandangan, sekadar itu sahaja yang saya tahu.

“Tengku Razaleigh dipanggil menghadap atas kapasiti individu yang paling berpengalaman, paling matang, lama dalam politik dan individu yang pernah bekerja dengan semua perdana menteri,” katanya kepada Bernama.

Mohd Lokman turut menjelaskan pertemuan itu tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tengku Razaleigh, 83, sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno mahupun sebagai wakil parti itu.

Semalam, kenderaan yang membawa Tengku Razaleigh, dilihat keluar dari Pintu Dua Istana Negara, pada 2.40 petang selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Al-Sultan Abdullah pada sebelah pagi.

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka bahawa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

– Bernama

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top