KTCS Lepas 81 Anak Penyu

penyu.jpg

Anak-anak penyu yang dilepaskan.

Kongsi Bersama

KUDAT: Sebanyak 81 ekor anak penyu dilepaskan Kudat Turtle Conservation Society (KTCS) di Simpang Mengayau, pada Isnin.

Timbalan Pengerusi KTCS, Roland Angansai berkata, program berkenaan adalah yang kelima seumpamanya diadakan bagi tahun 2023.

Roland Angansai

“Pelepasan anak penyu ini adalah bermusim dan bagi daerah Kudat, program ini diadakan di dua tempat iaitu di Pantai Kosuhui dan Pantai Bavang Jamal.

“Tujuan program ini dibuka kepada orang ramai adalah untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan penyu yang semakin pupus ini,” katanya.

Roland berharap agar lebih ramai orang awam akan menyokong program konservasi penyu pada masa akan datang.

Sumber:Jabatan Penerangan Sabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top