KTC Sumbang Roti Gardenia Kepada Warga IPD Kota Kinabalu

KTC.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC), Datuk Dexter Lau menyumbang sebanyak 3,000 buku roti Gardenia kepada warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kota Kinabalu, kelmarin.

Sumbangan diterima oleh wakil PERKEP, ACP Mohd Zaidi Abdullah yang juga Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.

Penyerahan sumbangan tersebut dibuat secara berperingkat.

Dexter berkata, sumbangan ini merupakan tanda penghargaan KTC kepada pihak Polis kerana telah bertungkus-lumus berkhidmat untuk memastikan keselamatan rakyat tidak kira masa, terutamanya musim cuti perayaan.

“Saya juga berharap sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini akan dapat mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita,” katanya lagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top