KPT teliti tingkat kursus pelancongan, minyak dan gas, TVET di Sabah

mustapha-sakmud.jpg

Mustapha (dua, kanan) diberi penerangan mengenai produk pertanian yang dicipta oleh Pensyarah, Azhar Ambo (kanan) dari Politeknik Sandakan pada lawatan ke Politeknik tersebut semalam. - Foto: Bernama

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti untuk meningkatkan jumlah kursus berkaitan pelancongan, minyak dan gas serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata bidang-bidang berkenaan semakin berkembang di negeri ini justeru membolehkan kursus berkaitan ditawarkan.

“Tawaran itu (kursus pelancongan, minyak dan gas serta TVET) dibuat oleh universiti atau politeknik sendiri dan kena melihat keperluan setempat.

“Tetapi kita (kementerian) melihat daripada segi pelancongan Sabah yang semakin naik dan kita ada kajian baharu supaya boleh menawarkan kursus berkaitan pelancongan, minyak dan gas serta TVET di Sabah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Politeknik Sandakan dan Kolej Komuniti Sandakan (KKS) di sini semalam.

Mustapha turut menyarankan supaya Politeknik Sandakan dan KKS mendedahkan modul pendidikan institut itu kepada pelajar sekolah bagi menarik minat mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta TVET. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top