KPN Jamin Siasatan Telus Kes Bunuh Di Tawau

KPN-acryl-Sani.jpg

ACRYL SANI (Gambar fail)

Kongsi Bersama

SETIU: Polis memberi jaminan, siasatan telus dan terperinci dijalankan pasukan itu, tanpa mengira pangkat dan jawatan disandang mereka yang ditahan untuk membantu kes pembunuhan seorang lelaki di Tawau, Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang terbabit dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil.

“Seperti mana yang saya sebut tempoh hari, bahawa buat masa ini oleh kerana (isu ini) ia agak sensitif sedikit berkait dengan mereka yang terlibat, buat masa ini kita perlu membuat siasatan yang terperinci.

“(Ini) kerana kita perlu betul-betul pasti berkaitan dengan motif pelakunya dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) memberikan jaminan bahawa siasatan yang dibuat yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sendiri.

“Ia (siasatan) akan dibuat secara telus tanpa mengambil kira apakah status mereka yang terlibat dan jika betul terlibat, tindakan undang-undang tetap akan kita ambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ‘Flag Off’ Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong di sini semalam.

Terdahulu, majlis pelepasan itu disempurnakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terdahulu, media melaporkan, lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau, Sabah.

Media pada 16 Januari lalu melaporkan mayat seorang lelaki ditemui dalam kawasan semak di Tawau, Sabah dipercayai mangsa bunuh.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top