KPN Dakwa Rasuah Politik Sedang Berleluasa, Gesa SPRM Buat Siasatan

hamid.png
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa rasuah politik sedang berleluasa dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat jenayah tersebut.

Ketua Polis Negara itu berkata, SPRM kena bertindak dan jangan menyerahkan tanggungjawab itu kepada polis semata-mata.

“Saya memerangi rasuah dalam pasukan polis. Tetapi dalam politik, rasuah berlaku di mana-mana.

“Pemimpin mabuk kuasa dan mereka sedia beli orang lain. Itu adalah rasuah,” kata beliau pada sidang akhbar khas di Bukit Aman pada Jumaat.

Menurut beliau, rakyat semakin meluat dengan perkembangan politik negara selain beliau juga bimbang dengan nasib PDRM.

Bagaimanapun, menurut Hamid, hubungannya dengan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang bakal mengantikannya tiada masalah.

Hamid berharap Acryl Sani akan meneruskan usaha meningkatkan intergriti pasukan.

Ditanya mengenai Timbalan KPN yang baharu bagi menggantikan Acryl, Hamid berkata, Datuk Zamri Yahya, Datuk Razarudin Husin dan Datuk Ramli Din antara pegawai kanan senior dalam PDRM yang layak memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, keputusan siapa bakal timbalan KPN akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- Utusan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top