KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah melaksanakan empat program ‘flagship’ di bawah Pelan Pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Menterinya Datuk Ir Shahelmey berkata, program yang dilaksanakan itu mencakupi semua kumpulan sasar kementerianya pada tahun ini.
Katanya, antara program yang dilaksanakan ialah Homeward untuk penjagaan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan memerlukan rawatan,
“Ia diikuti program Outreach Santuni Wanita yang disasarkan untuk golongan wanita, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) yang menyediakan pusat didikan untuk kanak-kanak luar bandar dan pedalaman serta program Sosial Time Banking untuk golongan sukarelwan kebajikan.
“PPKK menyediakan pusat didikan untuk kanak-kanak berumur di bawah tujuh tahun yang tinggal jauh di pedalaman dan tiada tadika atau pusat didikan. Ia adalah satu usaha yang melibatkan kanak-kanak di luar bandar agar mereka mendapat pendidikan awal yang sama seperti dinikmati kanak-kanak di bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPMKR 2021, di sini, kelmarin. – Sabah Media