KPM Nafi Arah Warga Pendidik, Murid Tonton Filem Anwar

IMG_20230529_154859.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyangkal dakwaaan kononnya kementerian itu mengeluarkan arahan penganjuran menonton filem “Anwar: The Untold Story” bersama warga pendidik dan murid sekolah.

KPM dalam satu hantaran Facebooknya pada Isnin menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang ditularkan.

“Semak kesahihan maklumat, tidak pasti jangan kongsi,” kata KPM.

Kandungan surat arahan palsu menyebut Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali memaklumkan pejabat Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah meminta warga sekolah menonton tayangan “Anwar:The Untold Story” di pawagam berdekatan.

Tambah surat rasmi itu lagi, penganjuran program ini bertujuan membuka ruang bagi warga KPM dan murid memahami erti dan konsep Malaysia Madani.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top