KPKT Lulus 741 Projek Berskala Kecil Bernilai RM90 Juta Di Sabah

reezal.jpg

Antara yang tewas di Pulau Pinang...Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Parlimen Kepala Batas.

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah meluluskan sebanyak 741 projek pembangunan berskala kecil di Sabah pada tahun ini dengan peruntukan bernilai hampir RM90 juta.

Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata projek pembangunan berskala kecil melibatkan 26 Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah itu merangkumi komponen infrastruktur, sosioekonomi dan kemudahan awam.

Katanya, JKT juga sedang melaksanakan tiga projek berskala besar bernilai RM53 juta di Sabah membabitkan projek membina tempat letak kereta bertingkat di Foh Sang, Luyang dengan kos RM38 juta, projek membina semula Pasar Awam Putatan (RM5 juta) dan projek membina tapak Tamu Putatan (RM10 juta).

“KPKT akan terus memberi komitmen penuh bagi menjayakan agenda utama dan fokus KPKT iaitu ‘Malaysia Berdaya Huni’ atau ‘Liveable Malaysia’ melalui ciri-ciri persekitaran mampan termasuk aspek infrustruktur fizikal dan persekitaran berkualiti mencakupi fasiliti, pasar awam, pengangkutan dan taman awam.

“Ini penting dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat sekali gus dapat memperkasa komuniti bagi membina Keluarga Malaysia produktif dan sejahtera,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bazar Rakyat Kota Belud di sini, pada Isnin.

Turut hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Mohd Arsad Bistari serta ADUN Pintasan Datuk Fairuz Renddan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top