KPDNHEP Tahan Lelaki Jual Gula Tanpa Lesen, Lebihi Harga Siling

Gula1.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Risikan yang dilakukan pegawai penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Tuaran telah berjaya menjejaki dan menahan seorang lelaki yang disyaki menjual barang kawalan gula pasir kasar tanpa memiliki lesen menjual barang kawalan dari kementerian berkenaan, selain menjual melebihi harga siling yang diwartakan.

Pasukan yang terdiri dari empat orang penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Tuaran dan dibantu oleh tiga orang pegawai penguakuasa KPDNHEP Sabah itu telah menjalankan operasi bersama di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Tindakan itu dibuat berdasarkan rungutan dan aduan orang awam di media sosial yang mendakwa wujud beberapa pihak telah mengambil kesempatan dengan menjual barang kawalan tersebut melebihi harga maksimum yang diwartakan.

Semasa pemeriksaan dilakukan di dalam sebuah kenderaan saspek, 96 kilogram gula pasir kasar telah ditemui di bahagian bonet kenderaan tersebut.

Lelaki bersama kenderaan yang membawa gula pasir kasar tersebut ditahan untuk membantu siasatan dengan lebih terperinci di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDNHEP memberikan amaran keras dan peringatan tegas kepada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi pandemik pada masa ini dengan menjual barang kawalan melebihi harga maksimum yang diwartakan dan aktiviti menyorok barang kawalan dengan tujuan untuk megaut keuntungan berlipat kali ganda.

Pengguna diminta terus menyalurkan sebarang aktiviti dan bukti penyelewengan barang kawalan kepada pihak KPDNHEP.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top