KPDNHEP Sabah Rampas Pendrive, Memory Card Disyaki Tiruan Bernilai RM41,376.50

georgie.jpg

Georgie Abas

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah telah menyerbu empat buah premis perniagaan elektronik dan menyita 1,479 unit pendrive dan memory card pelbagai kapasiti bagi jenama “SanDisk”, yang disyaki tiruan di dalam serbuan yang telah dijalankan di sini kelmarin.

Serbuan tersebut dijalankan oleh dua pasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sabah yang terdiri daripada 10 orang anggota bersama-sama dengan lima orang wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama “SanDisk” di empat buah premis perniagaan berbeza lokasi di sekitar Kota Kinabalu.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, kesemua barangan terbabit dianggarkan bernilai RM41,376.50 dan tindakan kes diambil di bawah Akta Cap Dagang 2019.

Menurutnya, keempat-empat pemilik premis perniagaan terbabit adalah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 102(1),(b) dan (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang- barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 bagi

Katanya, setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000.00 bagi setiap barangan.

“Kementerian ini akan terus menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bagi membanteras penjualan barangan tiruan dan aktiviti cetak rompak di pasaran.

“Para peniaga adalah diingatkan agar lebih bertanggungjawab serta menghormati harta intelek orang lain di samping sentiasa berusaha membuat semakan status kesahihan dan ketulenan barangan yang dibekalkan.

“Pengguna juga dinasihati supaya tidak menyokong jualan barangan tiruan di pasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, KPDNHEP sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga.

Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran aduan seperti berikut:

1. Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000;

2. Portal Aduan: e-aduan.kpdnhep.gov.my;

3. Call Centre 1-800-886-800;

4. Emel: e-aduan@kpdnhep.gov.my ;

5. Ez ADU KPDNHEP;

6. Hadir sendiri ke Pejabat KPDNHEP yang berdekatan;

7. Pusat Arahan Penguat kuasaan (Enforcement Command Centre):

8. 03 – 8882 6088 / 6245;

9. Surat Rasmi ke Pejabat KPDNHEP yang berdekatan; atau

10. Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri (senarai nombor talian sila layari portal rasmi)

 

Sumber: Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top