KPDNHEP Sabah Rampas Lebih 1,300 Barang Tiruan Jenama Mewah

barang-tiruan.jpg

Serbuan membabitkan empat premis berlainan di sekitar Kota Kinabalu itu dijalankan dengan kekuatan anggota KPDNHEP seramai 25 orang.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah menyerbu empat premis perniagaan di sekitar Kota Kinabalu, dan menyita 1,355 barangan aksesori wanita dan wangian jenama “Louis Vuitton (LV)”, “Chanel” dan “Victoria Secret” yang disyaki tiruan pada Isnin lalu (13 Jun 2022).

Keseluruhan barangan terbabit dianggarkan bernilai RM24,760.40

Tindakan kes dibuat mengikut Akta Cap Dagang 2019.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata serbuan dilakukan empat pasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sabah yang terdiri daripada 25 orang.

Turut serta, 4 orang wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama “Louis Vuitton (LV)”, “Chanel” dan “Victoria Secret”.

Katanya, semua empat pemilik premis perniagaan terbabit disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

Georgie berkata kes ini disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000.00 bagi setiap barangan.

“Ini adalah kejayaan kedua KPDNHEP Sabah tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Pada 8 hingga 9 Mac lalu, sebanyak 437 barangan aksesori wanita yang terdiri daripada beg tangan, beg sandang, tali pinggang, dompet, selipar, kasut, topi dan gelang jenama “Louis Vuitton (LV)” dan “Chanel” bernilai RM10,573.30 yang disyaki tiruan, telah disita.

Serbuan terbabit dilaksanakan di lokasi berbeza di Kota Kinabalu dan Penampang dan tindakan kes telah diambil mengikut Akta Cap Dagang 2019.

“Kementerian ini akan terus menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bagi membanteras penjualan barangan tiruan dan aktiviti cetak rompak di pasaran.

“Para peniaga adalah diingatkan agar lebih bertanggungjawab serta menghormati harta intelek orang lain di samping sentiasa berusaha membuat semakan status kesahihan dan ketulenan barangan yang dibekalkan.

“Pengguna juga dinasihatkan agar tidak menyokong jualan barangan tiruan di pasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top