Kota Belud, Tongod dan Pitas Antara 10 Lokaliti Dikenal Pasti Terlibat Dalam Fasa Pertama BMTKM

PM-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kota Belud, Tongod dan Pitas merupakan tiga daripada sepuluh lokaliti di Sabah dikenal pasti di bawah fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tujuh lokaliti lain ialah Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tuaran, Sipitang, Beaufort dan Ranau.

Jelas Perdana Menteri, BMTKM dikendalikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri itu sedang menyelaras dan memudah cara program tersebut.

“Kerajaan menetapkan sasaran sifar miskin tegar di seluruh negara pada akhir tahun 2025 dan BMTKM ini dilaksanakan bagi mencapai sasaran itu pada akhir tahun 2025 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Sehubungan itu, kerajaan sedang mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan kerjasama kerajaan negeri dan pejabat daerah untuk mendapatkan input semua pihak bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Akui Perdana Menteri, program membasmi kemiskinan sebelum ini dilaksanakan secara ‘silo’ hampir semua agensi yang terbabit.

Bagaimanapun, di bawah program BMTKM, kata beliau EPU dan ICU akan menjadi penyelaras menggabungkan semua pihak yang terlibat seperti Kementerian, kerajaan negeri, ahli akademik, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk mencari kaedah terbaik bagi menghapuskan miskin tegar secara holistik berasaskan lokaliti.

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan Kerajaan Pusat sentiasa positif dalam memenuhi segala perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), terutama apa yang sepatutnya diperoleh oleh Keluarga Malaysia Sabah.

“Kita berharap agar sebarang isu mahupun permintaan Sabah yang tertunggak dapat dibincang dan dipertimbangkan dengan sebaiknya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top