KOTA KINABALU: Kota Belud dicadangkan sebagai lokasi pembinaan Institut Latihan Perindustrian (ILP) kedua di Sabah.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata cadangan itu masih di peringkat awal tetapi lokasi itu disifatkan sesuai untuk menampung peningkatan bilangan pelajar di ILP sedia ada yang terletak di sini.
Satu lagi ILP sedia ada yang berdekatan adalah di Labuan, katanya pada Rabu.
Menurut beliau,tapak institut baharu itu diharap dapat menampung peningkatan jumlah pelajar dari daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Ranau.
Dengan adanya institut baharu itu, katanya, pelajar dari kawasan berkenaan tidak perlu lagi melakukan perjalanan jauh ke Kota Kinabalu atau Labuan
Dalam hubungan yang sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata adalah sesuatu yang membanggakan apabila hampir semua pelajar ILP Kota Kinabalu yang mendapat pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berjaya memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
“Kita juga mencadangkan agar pelajar ILP yang menamatkan pengajian mereka menyambung ke peringkat diploma di institut itu,” tambahnya.
Sumber: The Star