Kos Ujian RTK Untuk Ketibaan Antarabangsa Di KKIA Tidak Lebih RM60

hajiji-5.jpg

Hajiji menyampaikan sijil kepada industriterlibat dalam TSAM sempena pelancarannya bagi Sabah di SICC, Kota Kinabalu, pada Khamis.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan kos Kit Ujian Kendiri COVID-19 (RTK) tidak boleh melebihi RM60 untuk ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri bersetuju bahawa kos RM160 untuk setiap ujian RTK sebelum ini adalah terlalu tinggi jadi kerajaan memutuskan bahawa ia tidak boleh melebihi RM60.

Katanya, di peringkat Persekutuan, kosnya ialah RM100 bagi warganegara Malaysia dan RM160 bagi bukan warganegara Malaysia untuk melakukan ujian RTK-antigen yang tiba dalam penerbangan antarabangsa.

“Bagaimanapun, kita di Sabah memutuskan kosnya tidak melebihi RM60 untuk semua ketibaan penerbangan antarabangsa.

Ini adalah yang paling sesuai dan akan melegakan pengunjung selepas lebih daripada dua tahun, kini kita sangat tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong,” katanya.

Ketua Menteri berkata demikian kepada Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA, Datuk Tan Kok Liang mengenai kos ujian RTK dikenakan untuk ketibaan penerbangan antarabangsa semasa pelancaran Travel Safe Alliance Malaysia (TSAM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top