Koperasi Star Sabah Bakal Eksport Halia Ke Luar Negara

dr-jeffrey.jpg
Kongsi Bersama

Koperasi Star Sabah Berhad akan bekerjasama dengan usahawan lokal bagi mengeksport halia mentah dan halia serbuk ke Australia, United Kingdom dan Arab Saudi.

Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan dalam kunjungannya ke pameran Koperasi Star Sabah Berhad di MAHA 2022 melahirkan rasa bangganya dengan perkembangan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Koperasi Star Sabah Berhad, Datuk Dr Saiman Sandah berkata sebanyak 100 tan halia perlu disediakan setiap minggu untuk memenuhi permintaan luar negara.

Untuk tujuan itu koperasi berkenaan akan mewujudkan pusat pengumpulan hasil di setiap daerah dan mencadangkan agar setiap keluarga yang mempunyai tanah menanam seekar halia.

Katanya selain daripada halia yang sihat dan berkualiti ekspot, halia-halia yang ditolak (rejected) turut dibeli untuk dijadikan makanan ayam. Dengan itu tidak ada yang terbuang kerana semua mempunyai harga dan kegunaan.

Koperasi turut mengusahakan jagung kerana terdapat permintaan dalam dan luar negara yang tinggi. Kini ia bukan sekadar makanan ternakan tetapi juga sebagai makanan pengganti soya untuk manusia.

Untuk memenuhi keperluan semasa, pihak kKoperasi memerlukan kawasan penanaman jagung seluas 10 ribu ekar di Sabah.

Selanjutnya kerjasama dengan Dr Norman Marketing Sdn Bhd, Datuk Dr Saiman berkata, “Produk-produk mereka juga akan turut dipasarkan di Sabah dan antaranya ialah Minyak Kelapa Dara (VOC) dan Madu Propolis.”

 

Sumber: FB Jeffrey G. Kitingan

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top