KOPEKS serah zakat perniagaan berjumlah RM73,215.69

Kopeks-Zakat.jpg

Saat (lima kiri) menyerahkan zakat perniagaan kepada Yahya (tiga kanan) sambil disaksikan Hajiji (lima kanan) dan Buvil (empat kiri).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2021 dan 2022 berjumlah RM73,215.69 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) (Tabung Zakat) di Pejabat Ketua Menteri, Menara Kinabalu pada Selasa.

Majlis penyerahan itu telah disampaikan Pengerusi KOPEKS, Dr. Saat Ag. Damit kepada Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, yang disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi MUIS, Datuk Ruslan Muharam; Datuk Mohd. Dandan @ Ame Alidin; Anggota Lembaga KOPEKS, Nismah Kanak; Ag Azmee Ag Kati; Sulaiman Awang; Abd Ghafor Ag Yaacob, Jaibit Jaudin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KOPEKS Buvil Angkui dan pengurusan KOPEKS serta beberapa Pegawai Kanan MUIS.

Menurut Saat, bayaran zakat perniagaan itu merupakan tanggungjawab wajib ditunaikan memandangkan KOPEKS dianggotai lebih 60 peratus anggota yang beragama Islam.

“Ini juga merupakan termasuk dalam program CSR KOPEKS yang mengkhususkan kepada golongan asnaf, ” kata Saat. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top