KOPEKS Keluarkan Jongkong Emas Tulen Sempena Ulang Tahun ke-60

kopeks.jpg

Jaibit (tiga kiri) menyerahkan jongkong emas kepada salah seorang pembeli, Hamia Muji, sambil disaksikan oleh Sulaiman (tiga kanan), Pengurus Pentadbiran, Felicia Binson dan Pengurus Kewangan & Akaun, Yusrina Rantian.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) menyerahkan jongkong emas tulen 999.9 keluaran koperasi kepada anggota dan pembeli pada majlis ringkas yang diadakan di pejabatnya di Sadong Jaya, di sini, Selasa.

Seramai 40 orang ahli dan pelanggan telah hadir pada majlis tersebut.

Pengerusi KOPEKS, Jaibit Jaudin berkata, jongkong emas tulen KOPEKS dihasilkan sebagai memperingati ulang tahun ke-60 koperasi pada 2023. KOPEKS ditubuhkan pada 11 Ogos 1963.

Beliau berkata, sebanyak 340 keping jongkong emas itu telah dijual setakat ini dan menggalakkan ahli membeli jongkong emas tulen 999.9 itu bagi memperingati ulang tahun ke-60 penubuhan KOPEKS dan menjadi suatu yang mempunyai nilai sentimental bagi mereka.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KOPEKS, Haji Sulaiman Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif, Buvil Angkui, serta beberapa ahli yang menerima jongkong emas. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top