KOPEK Isytihar Dividen 10 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2019

kopek.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) mengumumkan pengagihan dividen tunai bagi tahun kewangan tahun 2019 kepada 7,505 anggotanya bermula 2 Jun depan.

Pentadbir KOPEKS, Kastian Dula berkata sebanyak sepuluh peratus iaitu dengan agihan satu peratus atas yuran dan sembilan peratus atas saham menjadikan dividen keseluruhan berjumlah RM702,027.

Katanya, agihan berdasarakan pendapatan teraudit tahun 2019 berjumlah RM11,431,450 dan untung bersih sebanyak RM1,301,463.

Kastian Dula

Jelas beliau, kelewatan pengisytiharan dan pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2019 adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19 yang membataskan proses pengauditan dibuat juruaudit yang beroperasi di Pulau Pinang.

Tambahnya, pembahagian dividen bagi tahun kewangan 2020 juga akan dibuat pada tahun ini setelah akaun KOPEKS bagi tahun kewangan 2020 selesai dibuat dan disahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

“Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pengagihan dividen akan dibuat melalui kaedah pengkreditan terus ke akuan bank anggota.

“Anggota digalakkan berhubung dengan KOPEKS di talian 088-245 558 atau 010-2295 730 bagi menyerahkan atau mengemaskini nombor akuan bank masing-masing, ” katanya sambil menambah pembayaran dividen akan bermula pada 3 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Dalam pada itu tambahnya, bagi anggota yang tidak memohon untuk pengkreditan dividen ke dalam akaun selepas 1 Jun 2021, dividen akan dikreditkan terus ke dalam akaun Yuran simpanan terkumpul anggota.

Katanya lagi, KOPEKS masih menjalankan promosi Pakej Pembiayaan Prihatin untuk rangsangan ekonomi dan membantu kewangan anggota semasa pandemik COVID-19 debngan pinjaman sehingga RM30,000 dengan kadar keuntungan serendah 3.99 peratus kepada anggota sedia ada dan penjawat awam yang baharu masuk menjadi anggota.

“Pentadbir juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anggota yang memberikan sokongan kepada KOPEKS selama ini. Penjawat awam daripada agensi dan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri diseru supaya menyertai KOPEKS terutama kepada mereka yang baharu memasuki perkhidmatan awam, ” katanya dalam kenyataan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top