KOPDESA Tenghilan Bakal Miliki Kedai Sendiri

Jahid-Kopdesa.jpg
Kongsi Bersama

TAMPARULI: Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad (KOPDESA), kini memiliki tapak kedai perniagaan mereka sendiri, di kawasan Tenghilan.

Pengerusinya, Irelene Damit, berkata, setelah mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan semua anggota koperasi, mereka bersetuju untuk menyewa di sebidang tanah milik seorang ahli, dengar kadar sewa berpatutan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Yatau Mohd Azman, atas kesudian menyewakan tanah beliau kepada KOPDESA, dengan harapan kami dapat dirikan sebuah kedai di sini kelak,” katanya.

Ahad lalu, tapak kedai itu turut dilawati Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, bersama dengan kepimpinan di daerah kecil Tamparuli.

Lawatan tersebut merupakan susulan daripada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang telah dirasmikan oleh beliau pada 22 November lalu.

Pada majlis tersebut, Jahid telah meluluskan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada tabung koperasi bagi membiayai pengurusan KOPDESA, yang disampaikannya pada lawatan ke tapak tersebut semalam.

Dalam ucapan ringkas beliau, Jahid memuji usaha KOPDESA yang proaktif dalam memainkan peranan bagi meningkatkan ekonomi penduduk, terutama di kawasan luar bandar.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan beberapa pemimpin lain.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top