Konsep sinergi dalam Deklarasi Kinabalu

mustapha.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: KEADILAN Sabah semalam melancarkan Deklarasi Kinabalu dengan konsep SINERGI untuk melengkapkan konsep Madani di negeri ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud melancarkan kata kunci ‘Sinergi’ itu dalam Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre.

Menurut beliau, Deklarasi Kinabalu merupakan satu cetusan dalam retreat kepimpinan di Kundasan pada 3 minggu lalu dan diterima sebagai satu kata kunci yang penting dalam perjuangan KEADILAN Sabah seterusnya.

“S satu. Kita mahu jadi faktor pemersatu.

“I pula kita mahu berteraskan integriti dan inovasi.

“N nilai. Kita mahu berakarkan nilai kita.

“E ekonomi. Kita akan fokus dengan ekonomi negeri ini dengan kepimpinan Ketua Menteri kita, kita ada revenue RM8 bilion sekarang ini dan peningkatan yang amat baik,” katanya.

Manakala R mewakili reformasi. Iaitu, kata Mustapha, KEADILAN Sabah akan memfokuskan reformasi pendidikan untuk generasi masa hadapan.

“G glokal. Kita akan memperjuangkan segenap kekuatan kita mempertahankan autonomi Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

“I idea. Kita mahu jadi peneraju idea untuk kehidupan pelbagai agama. Saya di Kementerian Pendidikan Tinggi meminta supaya semua mahasiswa kita menjadi duta keharmonian di negara ini, melawan pemikiran 3R yang hanya mementingkan kaum dan agama. Ini sumbangan orang Sabah. Kita yang faham tentang kepelbagaian ini,” katanya.

Tegas Mustapha, KEADILAN Sabah mahu rakyat sedar bahawa dalam mereka memperjuangkan hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 tetapi mereka juga punyai tanggungjawab untuk memastikan Malaysia terus aman damai dan bertamadun.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top