Konsep Malaysia Madani Wajar Diterima, Dihayati – Sapawi

sapawi.jpg

Datuk Sapawi (gambar fail)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Konsep Malaysia Madani wajar diterima sebagai salah satu pendekatan yang waras dan praktikal bagi menangani pelbagai masalah yang kini melanda rakyat dan negara.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad mengajak rakyat Sabah, khususnya umat Islam supaya menghayati konsep dan falsafah  Malaysia Madani.

“Saya percaya konsep ini menawarkan peluang dan cara untuk untuk menangani pelbagai masalah yang membelenggui rakyat dan negara sekarang,” katanya.

Sapawi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Forum Malaysia Madani – Keharmonian Dalam Kepelbagaian – bagi Zon Sandakan di Dewan Masyarakat Sandakan semalam.

Menurutnya kerajaan negeri Sabah dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah menawarkan dasar dan halatuju untuk menyatu-padukan rakyat pelbagai kaum di Sabah.

Katanya ini sekali gus memacu rakyat dan negeri ke tahap pembangunan sosio-ekonomi yang lebih mampan melalui Halatuju “Sabah Maju Jaya” .

“Sebenarnya,  apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan negeri sekarang adalah sehaluan dan sealiran dengan konsep Malaysia Madani,” katanya.

Sapawi berkata sebagai sebuah pertubuhan Islam yang terbesar di Sabah, peranan USIA tidak hanya tertumpu kepada soal menjaga hal ehwal dan kepentingan masyarakat Islam, tetapi juga dalam pembangunan ummah serta penglibatan dalam memelihara hubungan antara agama (Inter Faith) di negara ini.

Dalam hal itu, beliau berbesar hati kerana USIA diberi peranan untuk membincangkan Gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Acara Forum Malaysia Madani di Sandakan itu dihadiri lebih 1,000 orang.

Turut hadir Adun Elopura Calvin Chong, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Henry Idol, Timbalan Yang Dipertua USIA Alipudin Yuyon, Setiausaha Agung USIA Iman Ali dan Ketua Penerangan USIA Datuk Abdullah Hussin.

Program forum Malaysia Madani seterusnya akan diadakan di Zon Tawau,Zon pantai Barat Utara di Kudat, Zon Pedalaman Bawah di Sipitang dan Zon Pedalaman Atas di Keningau. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top