Konsep berkongsi perayaan platform perkukuhkan Malaysia Madani – KB UMNO Sipitang

KB-Umno-Sipitang.jpg

Abdul Rahman menyampaikan hamper sempena sambutan Krismas kepada salah seorang penduduk pada program ziarah perpaduan tersebut.

Kongsi Bersama

SIPITANG: Kepelbagaian sambutan perayaan di Malaysia mampu menjadi medium terbaik bagi saling kenal-mengenal dan mengukuhkan lagi jalinan kemesraan sesama masyarakat tanpa mengira perbezaan latar agama dan bangsa selaras dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Ketua UMNO Bahagian Sipitang Abdul Rahman Mohd Noh berkata, sambutan Krismas yang bakal dirayakan oleh penganut Kristian minggu depan turut memberi kesempatan kepada masyarakat di negeri ini berkongsi perayaan dengan semangat kunjungi-mengunjungi dan beramah mesra antara satu sama lain dan ini sudah tentu menjadi wadah memperkukuhkan semangat perpaduan.

“Perayaan seperti ini sememangnya membuka peluang kepada kita semua untuk berkenalan dengan lebih dekat dan mengurangkan jurang perbezaan antara kita.

“Peluang dan kesempatan seumpama ini harus dihargai dan diteruskan agar pemikiran kita akan lebih terbuka untuk menerima persamaan dan perbezaan pelbagai kaum dan agama di Malaysia, sekali gus menggalakkan budaya saling menghormati,” katanya ketika ditemui selepas melakukan program ziarah perpaduan sempana sambutan Kirsmas ke beberapa buah kampung, antaranya Kg Muhibbah, Kg Tunggul Tinggi, Kg Long Kinangan, Kg Batu 7 dan Kg Ranau-Ranau, di sini, kelmarin

Mengiringi ziarah beliau ialah Setiausaha UMNO Bahagian Sipitang Haji Mohd Jaini Puasa.

Menurut Abdul Rahman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat Giat MARA Sipitang, Sabah yang mempunyai lebih daripada 33 etnik dengan pelbagai bahasa dan agama merupakan negeri contoh dalam merealisasikan konsep Malaysia Madani.

Katanya walaupun penduduk Sabah terdiri dari pelbagai kaum dan agama namun semangat kekitaan dengan nilai-nilai persaudaraan yang kukuh dan harmoni terus dipertahankan.

“Sebagai sebuah negeri yang mempunyai latar belakang pelbagai kaum dan agama Sabah sudah tentu berada di hadapan dalam menterjemahkan konsep Malaysia Madani,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top