Kongres PKR: Wakil Sabah Cadang PH Wujudkan Manifesto Khusus Untuk Sabah Menjelang PRU15

peto-galim.jpg
Kongsi Bersama

SHAH ALAM: Perwakilan PKR Sabah, Peto Galim (gambar) mencadangkan supaya PH mewujudkan manifesto khusus untuk Negeri Di Bawah Bayu merangkumi isu kemiskinan, pendatang tanpa izin, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pelan ekonomi Sabah, hak orang asal Sabah, peluang kerja, keselamatan dan reformasi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau membuat cadangan itu ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Ke-16 Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini.

Sementara itu wakil Sarawak Abun Sui Anyit mencadangkan supaya Pakatan Harapan (PH) mewujudkan sistem penggiliran jawatan perdana menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Beliau berkata cadangan mewujudkan sistem penggiliran itu perlulah membabitkan pelantikan pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Perwakilan Johor, Dr Maszlee Malik yang juga bekas Menteri Pendidikan pula menegaskan PKR perlu menjadi parti yang sentiasa menjulang kepentingan pendidikan kepada seluruh rakyat yang merentasi kaum, ideologi dan kawasan untuk memastikan tiada yang tercicir atau dinafikan hak pendidikan.

Seramai 18 perwakilan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada Sabtu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top