KOTA KINABALU: Efandi Eldy Lim pernah dibelenggu kebimbangan bagaimana untuk mencari rezeki buat isteri dan lima anaknya.
Lelaki berusia 37 tahun itu bekerja keras demi keluarganya yang miskin, melalui pelbagai pekerjaan seperti membaiki dan membina rumah kampung, selain bertani secara kecil-kecilan, di Kampung Bokilong, Kota Belud, di kaki Gunung Kinabalu di daerah Kadamaian.
Tetapi kini dia tidak perlu terlalu risau susulan hasil program pembangunan komuniti lestari yang dimulakan Hopes Malaysia, sebuah NGO yang membantu empat kampung di daerah Kadamaian, termasuk keluarga Efandi, sejak 2016.
Kampung lain termasuk Kampung Kaung Ulu, Kampung Podos dan Kampung Tudan.
Mahu membasmi kemiskinan di kampung terbabit, organisasi itu membantu membina….
Baca seterusnya di FMT