Komponen GRS Perlu Bekerjasama Pada PRU 15 Demi Kestabilan Politik – Dr Jeffrey

dr-jeffrey.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertembungan yang berlaku antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini harus dijadikan pengajaran.

Maka, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), parti-parti dalam blok kerajaan di Sabah perlu mengatur strategi bagi memastikan kemenangan bersama dapat diwujudkan.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, komponen parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu bekerjasama demi kestabilan politik, demikian lapor Utusan Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, persediaan bagi menghadapi PRU-15 sudah giat dilakukan kerana pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita telah menggerakkan jentera bukan sahaja di peringkat STAR tetapi juga GRS kerana pilihan raya ini tidak tahu bagaimana. Disebabkan di Melaka berlaku pertembungan, begitu juga di Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan, pada Khamis.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri berkata, STAR berhasrat untuk bertanding sebanyak mungkin kerusi pada PRU-15 namun perkara itu masih perlu dibawa untuk perbincangan bersama komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang lain.

Beliau berkata, parti-parti lain juga pastinya ingin bertanding banyak kerusi sebab itu perundingan perlu dilakukan dalam soal agihan kerusi.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top