Kolam Renang Kompleks Sukan Tawau Dibuka Mulai Esok (Rabu)

kolam-renang-tawau.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Kolam renang yang menelan kos sebanyak RM11 juta di Kompleks Sukan Tawau mula dibuka kepada kunjungan umum bermula pada Rabu ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata masyarakat di daerah ini sudah boleh menikmati kemudahan tersebut.

Katanya, kerajaan sudah menyerahkan sepenuhnya kepada Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSS) untuk mengurus tadbir kolam renang berkenaan.

“Kolam renang ini menjadi satu mercu tanda baharu daerah Tawau dan diharapkan kemudahan ini dapat dimafaatkan serta dijaga dengan sebaiknya.

“Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengharapkan dengan adanya kolam renang ini mampu melahirkan atlet sukan renang pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi, di sini pada Isnin.

Suryady berkata semua pengunjung kolam renang perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak LLS bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Difahamkan seramai tujuh pengawal terlatih disediakan untuk menjaga keselamatan pengunjung semasa melakukan aktiviti mandi di kolam renang tersebut.

“Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan, boleh mengakibatkan anda dilarang untuk mandi atau berada di kawasan kolam berkenaan,” katanya.

Untuk makluman, terdapat dua sesi masa operasi di kolam tersebut iaitu jam 9 pagi hingga 1 petang dan jam 2 hingga 4.30 petang.

Harga tiket masuk, dewasa RM5 manakala kanak-kanak 12 tahun kebawah RM2 dan tiket boleh didapati di kaunter tempahan kemudahan sukan.

Orang ramai diminta memakai pakaian renang yang bersesuaian, manakala semua pakaian jenis cotton, jeans, jersi dan bikini tidak dibenarkan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top