Kok Keong Sedang Mengenal Pasti Pemain Badminton Berbakat Dari Sabah

Foo-Kok-Keong.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Lagenda badminton Datuk Foo Kok Keong kini sedang dalam misi untuk mengenal pasti pemain berbakat dari Sabah dan membantu mereka mara ke pasukan kebangsaan.

Menurut The Star Kok Keong, yang merupakan ahli penting dalam skuad pemenang Piala Thomas 1992 dan pernah mencapai ranking No.1 dunia semasa zaman kemuncaknya berkata, dia dapat mengesan banyak pemain berbakat di negeri ini.

“Saya kini merupakan duta sukan bagi Persekutuan Industri Sabah dan Kelab Rotary Rahman Putra dan saya membantu menganjurkan kejohanan remaja tempatan di Sabah dan mengenal pasti bintang yang berpotensi,” kata Kok Keong.

“Saya dapat lihat ramai pemain berbakat dari Kota Kinabalu berusia sekitar 12 dan 13 tahun sedang menjalani latihan di Persatuan Badminton Sabah dan kelab lain di sana.

“Sekarang, saya cuba untuk mengetahui sama ada persatuan itu akan membenarkan pemain berpindah ke Kuala Lumpur di mana mereka akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menyertai pasukan kebangsaan,” kata Kok Keong.

Beliau menegaskan bahawa pemain dari Sabah atau Sarawak jarang berjaya dalam pasukan kebangsaan.

“Tahapnya tidak begitu tinggi di Sabah. Terdapat lebih ramai pemain di Kuala Lumpur dan dengan itu persaingan lebih tinggi.

“Pemain boleh mendapatkan rakan sparring yang berkualiti dan meningkat dengan lebih pantas. Begitu juga semasa saya bermain (dahulu),” jelas Kok Keong.

Keghairahan pemain berusia 60 tahun itu terhadap sukan itu masih membara kerana dia mahu memainkan peranan dalam meningkatkan nasib negara dalam sukan badminton.

“Jika anda lihat, banyak negara sedang mengeluarkan pemain terbaik sekarang. Malah India boleh memenangi Piala Thomas tahun lepas. Jadi, kita perlu meningkatkan usaha dalam mencari dan membangunkan pemain dari akademi dan negeri di seluruh negara.

“Saya berharap tahap pemain kita akan meningkat secepat mungkin,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top