Kojasa Mart Kembali, Demi Manfaat Pengguna, Usahawan Sabah

kojasamart.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kojasa Mart, yang dahulunya terkenal dengan harga barangan keperluan harian yang berpatutan, kini kembali ke sektor peruncitan Sabah untuk membantu pengguna dan usahawan.

Ianya hasil usaha cabang pelaburan strategik Kerajaan Negeri, Qhazanah Sabah Berhad (QSB).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun merasmikan pembukaan cawangan pertama Kojasa Mart di pusat komersial Suria, Inanam, di sini pada Khamis..

Kojasa Mart beroperasi di bawah Kojasa Holdings Berhad (Kojasa) yang merupakan anak syarikat milik penuh QSB.

Ia berhasrat untuk membuka sebuah lagi cawangan menjelang akhir tahun ini bagi memenuhi misinya menyediakan barangan keperluan harian pada harga mampu milik kepada pengguna dengan tagline ‘Beli Banyak, Bayar Sikit’.

Dengan kehadiran yang lebih menonjol di sekitar Sabah, Kojasa Mart juga berhasrat untuk menjadi pembekal dan pemborong untuk perniagaan runcit kecil-kecilan di kawasan pinggir bandar dan luar bandar Sabah.

Kojasa Mart juga telah menjadikan misinya untuk membantu rakyat Sabah dengan mewujudkan platform untuk usahawan tempatan memasarkan produk mereka.

Untuk menggerakkan operasinya, Kojasa Mart akan menggunakan Kepintaran Buatan (AI) di cawangannya untuk memantau dan mengemas kini stok serta menjejaki item yang boleh dijual.

Dan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Kojasa Holdings Bhd dan Epost Sabah April lalu, Kojasa Mart akan memusatkan operasinya tanpa memerlukan orang tengah dalam rantaian bekalan perniagaannya.

Epost ialah syarikat logistik e-dagang yang menyediakan logistik bersepadu, pengurusan e-dagang dan langganan teknologi kepada pelbagai jenama dan peruncit.

Kedai Kojasa Mart di Suria, Inanam meliputi kawasan seluas 195 meter persegi (2,100 kaki persegi) dan mempunyai 600 unit penyimpanan stok (SKU).

Antara barangan yang akan dijual di kedai itu termasuk pek beras 10kg di bawah jenama Beras Kojasa.

Sementara itu, bagi menyokong operasi Kojasa Mart, Kojasa melalui perkhidmatan penghantarannya sendiri – KOJAX Sdn Bhd (KOJAX) akan beroperasi untuk memenuhi penghantaran pesanan pelanggan Kojasa Mart dalam radius 20km dari cawangan Kojasa Mart.

Hadir sama Pengerusi QSB, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Pengerusi Kojasa Holdings Berhad, Dato’ Baror @ Baharul bin Sawi; Pengarah QSB, Datuk Dr Johnson Tee; Pengarah Eksekutif, Haji Mohd Shukor Abdul Mumin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Rizal Dahli; Ketua Pegawai Modal Insan QSB, Sh Abdullah Sh Along; Pengarah Kojasa Holdings Berhad, Datuk Amelia Ajun dan Tuan Shamsuddin Erang; Pengerusi Kojasa Trading Sdn Bhd, Haji Yahya Haji Ahmad; Pengarah Kojasa Trading Sdn Bhd, John Marigil dan Ketua Pegawai Eksekutif Angkatan Hebat Sdn Bhd, Haji Faez Ainstein Nordin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top